Rabu, 6 Julai 2011

Birkin bags story

 Birkin Himalaya
Birkin bags pada masa kini mungkin boleh digelar surperhandbags pada masa kini kerana popularitinya boleh mengatasi si pemakai... beg Birkin mungkin bunyi yang agak asing kepada sesiapa yang tidak tahu mengenai fesyen tetapi ia merupakan beg yang menjadi kegilaan fesyenista dunia dan bagi sesiapa yang tidak berduit telan air liur sahajalah kalau melihatnya di cermin-cermin kaca dibutik Hermes, beg Birkin dinamakan sempena nama Jane Birkin(penyanyi dan aktres)  yang mula-mula menempah beg ini kepada pengarah kreatif Hermes ketika itu iaitu Jean Louis Dumas dan direka pada tahun 1984 dan sehinggalah sekarang yang menjadi ikon dan kegilaan... harga beg Birkin bukanlah murah kerana saya difahamkan harganya bermula RM30k(bukan 30ringgit) ye. dan untuk mendapatkan sebuah beg birkin bukanlah mudah kerana  anda perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu untuk senarai menunggu(waiting list) yang bukanlah mengambil masa yang singkat kerana anda terpaksa menunggu paling cepat pun 2 tahun itu pon jika anda bernasib baik kecuali lah jika anda selebriti terkenal hollywood.disebabkan beg ini yang terlalu ekslusif dan permintaan yang sangat tinggi oleh pembeli... masa yang diambil untuk menghasilkan beg Birkin ini paling cepat adalah 18jam dan didalamnya terdapat terdapat tandatangan si pembuat beserta kod siri pada talinya untuk menunjukkan keaslianya. Beg Birkin memiliki pelbagai jenis kulit seperti crocodile ,ostrich, lizard dan most expensive salwater crocodile. didatangkan juga dengan pelbagai saiz seperti 25cm 30cm,35cm,40cm,45cm,50cm dan sebagainya.  oleh kerana waiting list yang lama juga maka tidak hairanlah terdapat segelintir                  individu yang membelinya dipasaran gelap dengan harga yang tinggi untuk mendapatkanya dengan cara yang mudah.bercerita mengenai beg Birkin tidak lengkap rasanya jika tidak bercerita mengenai Victoria Beckham(Posh) dan Birkin-birkinnya yang dinyatakanya memiliki cerita tersendiri. Posh merupakan selebriti yang kerap menjingjing beg birkin berbanding selebriti hollywood yang lain dan dia juga diragui adakah turut membuat senarai menunggu untuk mendapatkan beg birkinya... selain itu Posh juga turut memiliki beg Birkin Himalaya yang dihadiahkan David Beckham. Himalaya merupakan salah satu beg termahal dan hanya ada beberapa sahaja didunia(terrmasuk ada orang kenamaan di Malaysia yang memilknya). dan di Malaysia selain aktres terkenal Fazura yang saya pernah terlihat menjinjing Birkin ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datin Paduka Umie Aida, Ella, dan yang terbaru Fiza Elite didalam Annissa berwarna merah. saya juga pernah terlihat seorang artis Malaysia menjinjing Birkin bernilai hampir RM800K, Siapakah dia? jeng jeng jeng, yang pasti apabila anda menjinjingg Birkin anda bukan sahaja dilayan bagaikan puteri tetapi kasta anda naik satu tangga yang mungkin dianngap bukan orang yang biasa-biasa sahaja, mungkin kerabat Diraja rasanya.... dan moga-moga saya yang seterusnya bakal menjinjingnya. amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan