Rabu, 6 Julai 2011
couture dan Dior haute couture fall 2011-2012
COUTURE merupakan perkataan yang berasal dari Perancis yang bermaksud Adibusana dan tidak asing lagi dengan masyarakat kita terutamanya sesiapa yang menggemari fesyen, tambahan pula terdapat pereka fesyen kita yang sekarang ini sudah perasan seperti artisan kerana apabila muncul sahaja rekaan baru yang crowded dan dramatik sedikit(ala-ala gaun-gaun Dior mulalah perasan rekaanya itu couture dan media-media juga akan memberikan ulasan memuji-muji yang boleh dianggap over... bercerita mengenai couture kepada pereka-pereka hingusan janganlah over dan berangan seperti couturier dengan menjadikan rekaan kamu itu couture kerana setiap rekaan yang hendak dianggap couture itu perlu diluluskan oleh badan yang terlibat di Perancis iaitu Chambre de la haute couture(kalau tidak silap)... dan helaian haute couture juga bukan sahaja diperbuat dari bahan yang bermutu sahaja malahan juga diperbuat dari tangan dan kualitinya mestilah dijaga dan ada badan undang-undang yang menjaga kualiti ini... untuk mendapatkan rekaan couture juga bukanlah senang kerana ia bersifat made of meisure apabila pelanggan perlu ke Paris untuk membuat tempahan couture dan perlu menjalani beberapa sesi fitting. selain itu, harga untuk helaian couture juga bukanlah murah kerana bersifat ekslusif dan boleh mencecah harga sebiji banglo...bercerita mengenai couture tidak terlewat rasanya bercerita mengenai rumah fesyan terkenal Dior yang menjadi bualan baru-baru ini apabila telah memecat pengarah kreatifnya John Galliano dari rumah fesyen itu setelah mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kemarahan. oleh itu kedudukan John Galliano telah digantikan pereka fesyen Sussanna Venegas dan Bill Gaytten... fesyen couture telah berlangsung sekarang di Paris dan pereka baru ini telah mementaskan koleksi couture pertamanya pada 4julai tadi... apa yang saya nampak dari koleksi ini ialah lebih simple dan kurang dramatik berbanding koleksi sebelumnya... dan kerana simple inilah bagi saya koleksi Dior kali ini kurang ummph dan membosankan. ini boleh dilihat dari pentasnya sahaja yang kosong, kita hanya boleh melihat gaun-gaun dramatik pada helaian-helaian terakhir sahaja dan selebihnya pakaian yang agak simple dan hanya sesuai dipentaskan untuk koleksi resort sahaja daan tidak hairanlah kawan saya berkata ada helaian seperti badut.apapun ini hanya pendapat saya sahaja dan mungkin ada yang mengkaguminya barangkali, cuma kesimpulan yang saya dapat lihat dari koleksi ini ialah saya masih boleh melihat bayangan Galliano dari rumah fesyen ini dari segi helaian, aksesori(heels), solekan yang dramatik dan kaya seni dan beberapa lagi. mungkin nama Galliano sudah terpahat di rumah fesyen ini dan sukar untuk menghilangkanya kecuali mungkin Dior patut menjenamakanya semula
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan